Jumaat, 2 Januari 2009

Sembang-sembang Darjah Satu /Tahun Satu






BATU .
KENANGAN MENGUSIK JIWA
HIGH SCHOOL BATU PAHAT JOHOR
SEKARANG SEKOLAH TINGGI BATU PAHAT






Ei, kelakar betullah bila baca "Sembang-sembang bersama jiran".... macam tu pun masuk blog
Kah....kah.... kah..... macam lah budak darjah satu....macam tadika pun ada...(itu kata penulis pada diri sendiri).

Tapi, tak pa, ini hanya satu permulaan....satu permulaan yang akan terus....terus berjuang hingga badan ini letih sakan.....(rehat le)......hilang penat diteruskan lagi....hinggalah orang jemu. Kalau jemu...macam mana ? hang nak buat apa ?... (tukar menu lain pula ) resepi lain......(manusia kan suka tukak-tukak selera). Awat hang ni...

Tapi ianya bukan hanya untuk diri ini saja.. tapi......untuk awak, anda, hang, ente, you....kalau sudi......juga untuk mereka .....yang sudi.

Apa yang ingin saya tonjolkan dalam dialog yang simple diantara kedua jiran itu ialah tentang
hidup berjiran, semangat tulong menulong (loghat Sik Kedah) diantara kita . La ...ni...kan semangat tu semuanya dah kurang.......bukan tak dak langsung. Pendek kata hang-hang ......depa-depa....aku....aku. Eh payah no kalau sifat macam tu...

Tentang darjah satu tu.....depa kata...tadika laa....kelas "Pasti" lah .....memang betul pun....
Dulu kan... semasa cek darjah satu no.....lupa tahun berapa ........tahun 55 kot.....buku teks depa tulis jawi.... lagi terrer. Buku tu la depa guna dari setahun ke setahun ....mula atuk saya sampai le cucu cicit dia, tak ubah ubah...dan teks nya pun itu juga... tapi....sungguh efektif kepada kita semua. Hang tau dalam satu chapter.... ianya mengandungi berbagai bagai nilai murni yang diterapkan kepada murid-murid dulu. Contoh nya...

Perkara Bahasa Melayu: Buku bacaan untuk darjah dua Sekolah Melayu (L).........Tanah Melayu.
PASU BUNGA

INI PASU BUNGA
DALAM PASU ADA TANAH
DALAM TANAH ADA POKOK
DALAM TANAH ADA BAJA
DI POKOK ITU ADA BUNGA

Bukankah teks di atas nampak simple, mudah ? .....tetapi ia amat berkesan.


Eh.....jam pukul 12.31 malam .....relex dulu no.....esok jumpa lagi.

Wasallam. Semoga tidur anda dalam lindungan Allah SWT....jangan lupa baca doa yang patut...
dan yang terakhir baca selawat......... baru lah lena......emmmmmmmmmmmm.

















3 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Saya mai lagi ni, memang la kita kena mula dari drjh satu atau tadika, lama-lama sampai universiti,

    Maaf ya, saya kerap dok bagi ulasan di blog ni, sebab saya takleh tengok ulasan tu kosong, kira nak mula ja.

    Nak tanya sikit, Mampanies ni ada kena mengena dengan Kuntong ka. Kuntong, kampungmampan.blogspot dan mampanies lak orangmampan.blogspot.Saja tanya ja sebab Kuntong tu ada kaitan keluarga dgn saya.

    Awat Mampanies ni orang Kedah ka, pasai nampak selalu dok cakap Kedah, besa keja sana kot. Saya memang asal org Kedah, cakap Siam pulak tu, Siam Islam la.bangsa apa pun tak pa noo asalkan Islam.

    WASSALAM.

    BalasPadam
  2. Asalamualaikum Sdr. Leenoh:
    Saya dah habak kat hang dulu,saya pernah dok tang Pekang Sik, nuh jauuuuh kat gubir.Banggol Derdap semua saya dah pi dah dekat umah saya sewa la tu.Awat...hang lupa kot.Hampir nk jadi orang Kedah, tapi x dak jodoh.Mampanies is the same person, you know.The first blog mampanies, I built it accidently. I used"trail and error" method then Wahnuar (Kuntong).Lepas tu, x tau mcam na buat, jadilah 2 blog.Tapi I jadi 2 kerekter yang berbeza.
    Maaf dari saya.

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam.
    Memang la hang habak, tapi aku ingat yang ni orang lain punya, rupanya aku tak faham. patut la aku dok rasa satu macam ja.

    Macam mana hang kata tak jadi, nampak elok ja. sebenarnya hang pandai pada aku lagi, aku harap kat anak ja, yang aku tau, buat tajuk baru, edit dan macam-macam edit tu, snap gambar, masuk gambar dan lain-lain, mai tang nak set apa-apa, aku mula pening.

    Bersyukurlah dapat macam tu pun, orang gagan umur kita ni, bukan ramai yang tau pasai computer dan internet ni, kira kita ni ke depan jug la, kalau kita tak baca blog orang muda, blog kita sapa pun tak baca, sebab orang sebaya kita ni tak ramai yang terlibat dengan blog ni.

    Tapi tak pa, itu peluang kita sisip kebaikan dan sebarkan pengalaman kita kepada depa.
    Macam sdr. Mampies buat cerita pasai pasu bunga tu, memang berkesan tu, sebab sampai hari ini saya pun masih ingat pasai bacaan Jawi dan bacaan Rumi ini Pasu Bunga tu, cerita kat depa kita hanya baca buku tu saja drjah 3 atau 4 dah boleh baca Jawi dan rumi, la macam-macam kaedah budak masih tak boleh baca Jawi dan rumi pun ada yang tak boleh baca. Saya ada cerita sikit pasai baca quran, ingat nak cerita juga pasai orang zaman kita mengaji (belajar).

    Hai dah panjang cerita, nampaknya kena mai rumah beru puas cerita. Sampaikan salam pada Puan Mampan, habak kat dia nanti dia gelak.

    Wassalam.

    BalasPadam

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin