BENGANG...........APALAH NAK JADI....!
Apa khabar semua,
Lama tak jumpa ya...........saya agak sibuk sikit lah dewasa ni, ke sana ke sini , ke situ....merono...... mereneh, sibuk tak tentu kalu. Sebenarnya semuanya urusan famili. Kalau kita sebagai ketua keluarga tidak ambil pusing hal-hal famili kita, siapa lagi. Kalau macam itu jangan jadi ketua keluarga, baik jadi ketua............
Apa yang buat saya bengang ialah tentang kegiatan " pecah rumah ". Semalam hang nak tau, sebuah rumah di kampung saya telah di masuki pencuri. Nasib baik ketika si pencuri nak masuk ke dalam rumah, setelah mengopak besi tingkap dan juga siling rumah, ada orang datang ke rumah tersebut.
Apa lagi, setelah terdengar suara orang memberi salam di luar rumah, dia pun cabut macam pelesit tanpa mengambil apa-apa habuan. Kalau tidak....hem.....
Walau bagaimanapun, pihak polis datang dan membuat penyiasatan. Dan si pencuri ni dah cabut lari dan tidak dapat dikesan.
BESI PENGHADANG TINGKAP DI BENGKOK
Apa yang menjadi persoalan ialah, orang yang melakukan perbuatan terkutuk dan tidak bermoral itu, tidakkah mereka terfikir untuk membuat kerja-kerja yang baik dan halal. Kerja di kilang ke...ambil upah memotong sawit ke.....atau seribu lagi kerja halal yang boleh dilakukan.
Apa yang saya difahamkan oleh pihak polis, pada hari yang sama, dia kena menyiasat 4 lagi kes pecah rumah di kawasan berhampiran, tak ke nyaya namanya........
Dari peristiwa ini, diharap kita semua sebagai penghuni sesebuah petempatan, taman perumahan atau kampung, berhati-hatilah. Kita harus berkerjasama dengan masyarakat di kawasan kita, setidak-tidaknya kita berbaik-baiklah dengan jiran kita. Maklumkan kepada jiran kalau kita hendak pergi ke mana sahaja dan minta kerjasama jiran untuk mengawasi rumah kita.
Kita sebagai penghuni sesebuah kelompok masyarakat, haruslah berkerjasama dalam apa jua aktiviti yang boleh mendatangkan kebaikan.
Berdoalah agar kita semua dapat menjalani hidup yang aman dan tenteram dalam ertikata yang sebenarnya.
Amin ya robbal alamin.
Jam 11.10 mlm-Khamis 13.01.2009.
Sdr.Binanuar,
BalasPadamNampaknya tuan rumah tu masih ada rezeki lagi, dia rugi pasai rumah rosak.
Pasai yang macam ni la yang aku dok tulih tajuk Kehidupan Bersih tu.Eloklah hang pun masuk perkara-perkara yang boleh memberi peringatan kepada diri kita dan orang lain.
Masyarakat kena didik ummah. tak boleh buat hal masing-masing.kena sama-sama taat Allah baru selamat.
Wassalam
Sdr Leenoh,
BalasPadamDisebalik kejadian itu, kita pun kena fikir juga kenapa ia terjadi kepada kita.Kita pun kena muhasabah.
(Saya baru kelik dri K.Pilah jam 6.45 ptg )kena drive slow, teringat blog anda tentang gambak xcden.
Wassallam.
16.01.2009 jam 22.20.