Rabu, 17 November 2010

SRS Mampan, bakar sateh.


Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha, pasukan SRS Kampung Mampan bergotong-royong mengadakan malam "Membakar Sateh" pada malam pertama Hari Raya Aidil Adha.


Bekerjasama membakar sateh.

Sateh lembu.

Tu dia...........kemecer (javanese word)





Suasana pada malam tersebut.

Semoga semangat gotong-royong ini dapat diteruskan dan ditingkatkan
demi untuk kebaikan .





Sabtu, 12 Jun 2010

Pintu Gerbang KgMampan.



Cadangan Pintu Gerbang Kg. Mampan Tahun 2020





Cadangan pintu gerbang Kampung Mampan Tahun 2020 yang diilhamkan oleh anak Mampan. yang berada dimerata tempat di negara ini. Diharap ini akan menjadi kenyataan.



Khamis, 8 April 2010

KgMampan di Facebook.



Anak-anak Kampung Mampan yang merantau kini membuat satu kumpulan yang dinamakan "KgMampan"di halaman FaceBook. Kepada anak-anak Kampung Mampan/atau yang pernah tinggal di Kampung Mampan yang kini merantau, diharap dapat menjadi pengikut kumpulan. Diharap kumpulan ini dapat membina satu kesepakatan yang dapat memberi kebaikan kepada kumpulan dan kepada orangramai.

Kg.Mampan




Setakat ini ahli-ahlinya adalah seperti berikut:-




Semoga nada semua berjaya.



Khamis, 11 Mac 2010

HARI JUMAAT


Hari ini hari Jumaat 12.3.2010 / 26 Rabiulawal 1431.
Tetapi mengikut kalender Jawa hari ini hari Jumaat Wageh. Jenjemnya (kiraannya) 10.
Hari Jumaat di kira (6) dan wageh dikira (4), jadi 10.

Kata orang kalau nak membuat apa-apa urusan atau memulakan langkah untuk sesuatu kerja biarlah dimulakan sebelah petang (selepas waktu solat Jumaat). Tetapi ini bukanlah satu kepercayaan yang mesti diikut. Ia hanyalah satu ketetapan untuk membuat permulaan yang baik dan positif. Walau bagaimana pun Hari Jumaat memang istemewa bagi yang sudah berumahtangga. KENAPA ? Jangan tanya saya. Saya pun dengar dari kawan-kawan. Tanyalah dia.

Kelebihan Hari Jumaat

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat

Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

(disalin dari blog "Action,speaks,louder)

Khamis, 18 Februari 2010

Otai berzapin

sesuatu yang tidak diduka.

video
Program yang dirancang adalah hanya dua orang yang menari zapin, orang ketiga dalam tarian zapin ini tidak dirancang, tetapi oleh kerana dah naik syok, dia terus masuk ke dalam pentas dan terus menari.ini adalah penggambaran untuk satu slot yang akan disiarkan di tv.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin