Khamis, 11 Mac 2010

HARI JUMAAT


Hari ini hari Jumaat 12.3.2010 / 26 Rabiulawal 1431.
Tetapi mengikut kalender Jawa hari ini hari Jumaat Wageh. Jenjemnya (kiraannya) 10.
Hari Jumaat di kira (6) dan wageh dikira (4), jadi 10.

Kata orang kalau nak membuat apa-apa urusan atau memulakan langkah untuk sesuatu kerja biarlah dimulakan sebelah petang (selepas waktu solat Jumaat). Tetapi ini bukanlah satu kepercayaan yang mesti diikut. Ia hanyalah satu ketetapan untuk membuat permulaan yang baik dan positif. Walau bagaimana pun Hari Jumaat memang istemewa bagi yang sudah berumahtangga. KENAPA ? Jangan tanya saya. Saya pun dengar dari kawan-kawan. Tanyalah dia.

Kelebihan Hari Jumaat

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat

Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

(disalin dari blog "Action,speaks,louder)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin