Ahad, 4 Januari 2009

Esok.....sekolah dah.....

                                       Suasana ceria dalam bilik darjah


                                   Bangunan lama masih utuh dan gagah.


                         


                              
Assalamualaikum semua:



Esok Isnin 05.01.2009 penggal pertama persekolahan bermula. Suasana sekolah yang sunyi sepi lebih sebulan lalu akan mula meriah.

                                                                                                                                                                                                                      
Bukan murid-murid saja yang hadhir ke sekolah, malahan ibubapa pun turut hadhir sama. Apa tidaknya, selain murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6, murid Tahun 1 pun hadhir sama. Mereka akan ditemani oleh ibubapa mereka.Anakcucu saya turut sama bersekolah.



Buku tulis, buku teks dan lain-lain peralatan telah pun siap sedia. Selain beg baru, sepatu baru, baju baru , guru pun baru.Ibubapa terpaksa mengeluarkan belanja lebihkurang RM150.00 bagi seorang anak. Nasib baik sekarang yuran persekolahan dah dikecualikan, Kalau satu keluarga ada 5 orang anak yang bersekolah, dah tentulah ibubapa mengeluarkan belanja yang banyak.Itu belum lagi sekolah agama, dengar cerita dari seorang ibubapa, bahawa belanja seorang anak untuk sekolah agama lebih dari sekolah kebangsaan.



Kita sebagai ibubapa patutlah peka dengan keadaan ini. Justeru, kita harus bersedia, kerana keadaan seperti ini akan kita hadapi. Anak-anak wajib (kalau saya boleh katakan begitu), di beri ilmu pengetahuan yang sewajarnya, lebih-lebih lagi ilmu dunia dan akhirat.



Ilmu pengetahuan amat penting di zaman ini. Untuk mendapatnya, ia memerlukan perbelanjaan yang banyak. Ini amat berbeza pada zaman saya kecil-kecil dahulu.



Kalau kita masih ingat, (mereka yang sewaktu dengan umur saya), dahulu sekolah untuk lelaki dan perempuan adalah berasingan. Sekolah untuk murid lelaki dalam bangunan lain dan ditadbir oleh semua guru lelaki, manakala murid perempuan, pun sama, di tadbir oleh guru-guru perempuan.



Murid- murid pula tidak mengikut umur seperti sekarang. Tahun satu ( Darjah satu ) murid-muridnya , ada yang berumur 8 tahun, 10 tahun atau 13 tahun.Ini disebabkan sistem dahulu, kalau tidak lulus peperiksaan di akhir tahun, murid itu tidak akan naik darjah. Walaupun sampai 3 atau 4 tahun.



Gurunya, kusssss semangat. Garang bukan main, murid-murid semua kecut perut. Itu sebab displin murid dahulu amat baik. Kalau kita kena rotan dengan guru, kita tidak akan mengadu pada ibubapa. Ini disebabkan, kalau kita beritahu pada ibubapa, ibubapa kita akan tambah, maksud saya bapa kita akan merotan kita lagi. Sebab, ibubapa kita telah meletakkan penuh kepercayaan kepada guru untuk mendidik anak kita dari pelbagai aspek.



Dari segi pakaian pula, baju kemeja putih labuh, seluar pendek gedebeh. (macam seluar yang di pakai oleh P.Ramlee dalam filem Penarik Beca, cuma tidak koyak saja), bersongkok, kadang-kadang songkok tu besar, jadi bila di pakai ia akan sampai ke kening kita. Kata orang selatan LOBOK, ATAU KOLOP.



Baju dan seluar yang dipakai pada hari pertama dalam sesuatu minggu, terasa keras. Ini disebabkan baju itu di kanji sebelum di gosok dengan seterika. Kalau sekarang di "iron".



Begitulah sebahagian dari seribu kenangan saya semasa bersekolah dahulu. Semuanya masih segar dalam lipatan hati.Ianya tetap segar hingga saat ini. Mungkin anda sama seperti saya.




Sekarang...... semuanya berbeza. Yalah, kata orang, zaman dah berubah, cara pun terpaksa berubah.



Walau bagaimana pun, saya amat bersyukur kepada Allah SWT. terima kasih kepada kedua ibubapa saya kerana mereka dapat menjalankan tanggungjawab yang amat baik sebagai ibubapa. Tidak ternilai jasa-jasa beliau. Nilainya amat tinggi, tidak sama andai kata saya bayar dengan dunia sekali pun.



Terima kasih kepada guru-guru saya. kerana dengan jasanya mendidik saya, sekarang saya jadi manusia, walaupun tidak hebat seperti orang lain, saya tetap bangga dan bersyukur. Mudah-mudahan rohnya di rahmati oleh Allah SWT. Amin.







Kata orang.....tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat belajar dan bermain.

Wasallam.




3 ulasan:

  1. mmm, hari ni dah sekolah pun. cek dapat jadual ajar form 1 dengan kelas peralihan. berasap lagi la cek tahun ni. nak masuk tahun kelima dah dok ngajaq bebudak cha yanun alip...
    sabar je...nampak ja manis...tapi masa garang tuhan aja yang tau...bukan buku melayang tapi meja kerusi habeh tepelanting he5 iyek jer...

    BalasPadam
  2. Jangan garang-garang sangat....nnti letih. Make dono aja.Tpi budak cina jgn selalu snyum, nnti kita kna buli. Tegas.

    BalasPadam
  3. Anuar.

    Orang dulu tegas dan istiqamah pada panduan. Mereka dengan yakin men yatakan " Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan".

    Kalau dilihat pada ayat tersurat memang kurang harganya tetapi, jika dilihat yang tersirat di dalam ibarat itu sangat bernilai dan mendalam serta panjang huraiannya.

    Wassalam.

    BalasPadam

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin