Ahad, 25 Januari 2009

Cuti Tahun Baru Cina./ Khenduri kawin.







                           Anak cucu berkumpul semasa cuti






                                           Musim khenduri Kawin


Hari ini 26.01.2008 , Tahun Baru Cina. Cuti untuk menyambut "Hari Raya " keturunan Tionghua.
Kita pun sama cuti, ada yang balik kampung, ada yang makan angin di dalam negara, dan yang kocek lebat, bercuti keluar negara.

Kita, duduk kat kampung aja, tunggu anak-anak balik, tunggu cucu-cucu nak jumpa atuk. Rakan-rakan blogger pun balik kampung. Cerita fasal balik kampung, yang menjadi tension ialah " traffic jem ". Kalau jem dalam tin bolehlah disapu kat roti, boleh di makan, ini jem jalan dan jem lebuhraya siapa nak telan. Silap-silap jalanraya dan lebuhraya yang telan kita, kalau kita memandu tanpa berhemah.

Lagi satu, kalau musim cuti ni, banyak orang buat  "khenduri kawin." Dalam satu hari, kekadang sampai ada 5 atau 6 jemputan kawin. Kalau dekat diantara satu sama lain ,tak apalah. Ini satu jemputan di utara satu di selatan. Tak pergi, kawan atau saudara. Kalau kita tak datang, besok kalau kita buat khenduri kawin, orang pun tak mau datang kat rumah kita. Jadi nak menyelesaikan problem tu, bagi dua. Kita pergi ke satu tempat, isteri kita pergi pergi ke satu tempat lain.  Bagi saya itu memadai dan adil.

Kita amat gembira bila tengok orang bernikah, atau bahasa kasarnya kawin. Mendirikan rumah tangga . Mendirikan masjid. Ikut syariat Nabi Mohammad saw. Syukur....Alhamdulillah. Mudah2an mereka semua dapat melahirkan zuriat yang beriman, boleh sambung tanggungjawab yang dipikul oleh kita sekarang. Yang penting dapat mengembangkan syariat agama Islam yang suci ini. Kita...20 tahun akan datang ....jangan cetalah, dah jadi almarhum atau almarhumah.



Tapi yang sedihnya, ada yang baru setahun "kawin " dah bercerai berai. Berperang ......tuduh menuduh, kalau dulu masa baru nak berkenalan, wah , bukan main, semuanya baik, caring..lah.. understandinglah... perfect..... semuanya perfect.....mempunyai hobby yang sama...eh... pendek kata semuanya baik. Baik lelaki atau perempuan...sama aja. 

Kalau dulu dia suami atau isteri tercinta.....bila dah berpisah.....jadi SETERU nombor wahid. Berperang tak habis-habis.....berhujjah menceritakan kebenaran sendiri dan menimbulkan kesalahan bekas suami atau isteri. Kadangkala berperang sampai berlarutan. Lebih teruk dari peperangan Palestine dengan israel.

Eh...penat lah meleter...ni...... minum kopi dulu ..relek. 
Sambung lain kali. 

Khamis, 22 Januari 2009

Pagi Jumaat 23.01.2009


Assalamualaikum semua.


Dah lama saya tidak menjengok halaman ini, lantaran kekangan masa. Di pagi ini (JUMAAT 23.01.2009)  saya doakan kepada semua rakan-rakan bloggers dan followers juga kepada yang sudi menjengok ke halaman ini,  supaya Allah SWT menganugerakan kepada diri kita dan keluarga kita sentiasa di dalam keadaan sihat walafiat, disihatkan tubuh badan, dikuatkan keimanan kita, ditambahkan rezeki kita dengan rezeki yang halal dan mudah2an dengan rezeki itu, kita dapat beribadat dengan lebih baik.

Amin ya Rabbal alamin.




Rabu, 14 Januari 2009

INSAFLAH WAHAI INSAN......

BENGANG...........APALAH NAK JADI....!

Apa khabar semua,

Lama tak jumpa ya...........saya agak sibuk sikit lah dewasa ni, ke sana ke sini , ke situ....merono...... mereneh, sibuk tak tentu kalu. Sebenarnya semuanya urusan famili. Kalau kita sebagai ketua keluarga tidak ambil pusing hal-hal famili kita, siapa lagi. Kalau macam itu jangan jadi ketua keluarga, baik jadi ketua............

Apa yang buat saya bengang ialah tentang kegiatan " pecah rumah ". Semalam hang nak tau, sebuah rumah di kampung saya telah di masuki pencuri. Nasib baik ketika si pencuri nak masuk ke dalam rumah, setelah mengopak besi tingkap dan juga siling rumah, ada orang datang ke rumah tersebut.

Apa lagi, setelah terdengar suara orang memberi salam di luar rumah, dia pun cabut macam pelesit tanpa mengambil apa-apa habuan. Kalau tidak....hem.....

Walau bagaimanapun, pihak polis datang dan membuat penyiasatan. Dan si pencuri ni dah cabut lari dan tidak dapat dikesan
.

BESI PENGHADANG TINGKAP DI BENGKOK


Apa yang menjadi persoalan ialah, orang yang melakukan perbuatan terkutuk dan tidak bermoral itu, tidakkah mereka terfikir untuk membuat kerja-kerja yang baik dan halal. Kerja di kilang ke...ambil upah memotong sawit ke.....atau seribu lagi kerja halal yang boleh dilakukan.


Apa yang saya difahamkan oleh pihak polis, pada hari yang sama, dia kena menyiasat 4 lagi kes pecah rumah di kawasan berhampiran, tak ke nyaya namanya........


Dari peristiwa ini, diharap kita semua sebagai penghuni sesebuah petempatan, taman perumahan atau kampung, berhati-hatilah. Kita harus berkerjasama dengan masyarakat di kawasan kita, setidak-tidaknya kita berbaik-baiklah dengan jiran kita. Maklumkan kepada jiran kalau kita hendak pergi ke mana sahaja dan minta kerjasama jiran untuk mengawasi rumah kita.


Kita sebagai penghuni sesebuah kelompok masyarakat, haruslah berkerjasama dalam apa jua aktiviti yang boleh mendatangkan kebaikan.

Berdoalah agar kita semua dapat menjalani hidup yang aman dan tenteram dalam ertikata yang sebenarnya.

Amin ya robbal alamin.



Jam 11.10 mlm-Khamis 13.01.2009.








Ahad, 4 Januari 2009

Esok.....sekolah dah.....

                                       Suasana ceria dalam bilik darjah


                                   Bangunan lama masih utuh dan gagah.


                         


                              
Assalamualaikum semua:



Esok Isnin 05.01.2009 penggal pertama persekolahan bermula. Suasana sekolah yang sunyi sepi lebih sebulan lalu akan mula meriah.

                                                                                                                                                                                                                      
Bukan murid-murid saja yang hadhir ke sekolah, malahan ibubapa pun turut hadhir sama. Apa tidaknya, selain murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6, murid Tahun 1 pun hadhir sama. Mereka akan ditemani oleh ibubapa mereka.Anakcucu saya turut sama bersekolah.



Buku tulis, buku teks dan lain-lain peralatan telah pun siap sedia. Selain beg baru, sepatu baru, baju baru , guru pun baru.Ibubapa terpaksa mengeluarkan belanja lebihkurang RM150.00 bagi seorang anak. Nasib baik sekarang yuran persekolahan dah dikecualikan, Kalau satu keluarga ada 5 orang anak yang bersekolah, dah tentulah ibubapa mengeluarkan belanja yang banyak.Itu belum lagi sekolah agama, dengar cerita dari seorang ibubapa, bahawa belanja seorang anak untuk sekolah agama lebih dari sekolah kebangsaan.



Kita sebagai ibubapa patutlah peka dengan keadaan ini. Justeru, kita harus bersedia, kerana keadaan seperti ini akan kita hadapi. Anak-anak wajib (kalau saya boleh katakan begitu), di beri ilmu pengetahuan yang sewajarnya, lebih-lebih lagi ilmu dunia dan akhirat.



Ilmu pengetahuan amat penting di zaman ini. Untuk mendapatnya, ia memerlukan perbelanjaan yang banyak. Ini amat berbeza pada zaman saya kecil-kecil dahulu.



Kalau kita masih ingat, (mereka yang sewaktu dengan umur saya), dahulu sekolah untuk lelaki dan perempuan adalah berasingan. Sekolah untuk murid lelaki dalam bangunan lain dan ditadbir oleh semua guru lelaki, manakala murid perempuan, pun sama, di tadbir oleh guru-guru perempuan.



Murid- murid pula tidak mengikut umur seperti sekarang. Tahun satu ( Darjah satu ) murid-muridnya , ada yang berumur 8 tahun, 10 tahun atau 13 tahun.Ini disebabkan sistem dahulu, kalau tidak lulus peperiksaan di akhir tahun, murid itu tidak akan naik darjah. Walaupun sampai 3 atau 4 tahun.



Gurunya, kusssss semangat. Garang bukan main, murid-murid semua kecut perut. Itu sebab displin murid dahulu amat baik. Kalau kita kena rotan dengan guru, kita tidak akan mengadu pada ibubapa. Ini disebabkan, kalau kita beritahu pada ibubapa, ibubapa kita akan tambah, maksud saya bapa kita akan merotan kita lagi. Sebab, ibubapa kita telah meletakkan penuh kepercayaan kepada guru untuk mendidik anak kita dari pelbagai aspek.



Dari segi pakaian pula, baju kemeja putih labuh, seluar pendek gedebeh. (macam seluar yang di pakai oleh P.Ramlee dalam filem Penarik Beca, cuma tidak koyak saja), bersongkok, kadang-kadang songkok tu besar, jadi bila di pakai ia akan sampai ke kening kita. Kata orang selatan LOBOK, ATAU KOLOP.



Baju dan seluar yang dipakai pada hari pertama dalam sesuatu minggu, terasa keras. Ini disebabkan baju itu di kanji sebelum di gosok dengan seterika. Kalau sekarang di "iron".



Begitulah sebahagian dari seribu kenangan saya semasa bersekolah dahulu. Semuanya masih segar dalam lipatan hati.Ianya tetap segar hingga saat ini. Mungkin anda sama seperti saya.




Sekarang...... semuanya berbeza. Yalah, kata orang, zaman dah berubah, cara pun terpaksa berubah.



Walau bagaimana pun, saya amat bersyukur kepada Allah SWT. terima kasih kepada kedua ibubapa saya kerana mereka dapat menjalankan tanggungjawab yang amat baik sebagai ibubapa. Tidak ternilai jasa-jasa beliau. Nilainya amat tinggi, tidak sama andai kata saya bayar dengan dunia sekali pun.



Terima kasih kepada guru-guru saya. kerana dengan jasanya mendidik saya, sekarang saya jadi manusia, walaupun tidak hebat seperti orang lain, saya tetap bangga dan bersyukur. Mudah-mudahan rohnya di rahmati oleh Allah SWT. Amin.







Kata orang.....tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat belajar dan bermain.

Wasallam.




Jumaat, 2 Januari 2009

Sembang-sembang Darjah Satu /Tahun Satu






BATU .
KENANGAN MENGUSIK JIWA
HIGH SCHOOL BATU PAHAT JOHOR
SEKARANG SEKOLAH TINGGI BATU PAHAT






Ei, kelakar betullah bila baca "Sembang-sembang bersama jiran".... macam tu pun masuk blog
Kah....kah.... kah..... macam lah budak darjah satu....macam tadika pun ada...(itu kata penulis pada diri sendiri).

Tapi, tak pa, ini hanya satu permulaan....satu permulaan yang akan terus....terus berjuang hingga badan ini letih sakan.....(rehat le)......hilang penat diteruskan lagi....hinggalah orang jemu. Kalau jemu...macam mana ? hang nak buat apa ?... (tukar menu lain pula ) resepi lain......(manusia kan suka tukak-tukak selera). Awat hang ni...

Tapi ianya bukan hanya untuk diri ini saja.. tapi......untuk awak, anda, hang, ente, you....kalau sudi......juga untuk mereka .....yang sudi.

Apa yang ingin saya tonjolkan dalam dialog yang simple diantara kedua jiran itu ialah tentang
hidup berjiran, semangat tulong menulong (loghat Sik Kedah) diantara kita . La ...ni...kan semangat tu semuanya dah kurang.......bukan tak dak langsung. Pendek kata hang-hang ......depa-depa....aku....aku. Eh payah no kalau sifat macam tu...

Tentang darjah satu tu.....depa kata...tadika laa....kelas "Pasti" lah .....memang betul pun....
Dulu kan... semasa cek darjah satu no.....lupa tahun berapa ........tahun 55 kot.....buku teks depa tulis jawi.... lagi terrer. Buku tu la depa guna dari setahun ke setahun ....mula atuk saya sampai le cucu cicit dia, tak ubah ubah...dan teks nya pun itu juga... tapi....sungguh efektif kepada kita semua. Hang tau dalam satu chapter.... ianya mengandungi berbagai bagai nilai murni yang diterapkan kepada murid-murid dulu. Contoh nya...

Perkara Bahasa Melayu: Buku bacaan untuk darjah dua Sekolah Melayu (L).........Tanah Melayu.
PASU BUNGA

INI PASU BUNGA
DALAM PASU ADA TANAH
DALAM TANAH ADA POKOK
DALAM TANAH ADA BAJA
DI POKOK ITU ADA BUNGA

Bukankah teks di atas nampak simple, mudah ? .....tetapi ia amat berkesan.


Eh.....jam pukul 12.31 malam .....relex dulu no.....esok jumpa lagi.

Wasallam. Semoga tidur anda dalam lindungan Allah SWT....jangan lupa baca doa yang patut...
dan yang terakhir baca selawat......... baru lah lena......emmmmmmmmmmmm.

















Khamis, 1 Januari 2009

Sembang-sembang dengan jiran:


Lokasi : Di rumah
Waktu : Sebelum solat Asar.

 S : Asalamualaikum ...
 J : Waalaikum salam, apa khabar .... eh...awat umah hang kosong aja. Kan lama hang pindah.
 S : Betuilah tu, lama dah ...tapi tu lah, umah dah ada, tapi tak tau  apa nak isi. Nak isi   perabut 
      tak dan..lah.....
 J : Saya dok tengok-tengok umah selalu...ya lah takut juga....kot ada orang masuk. Zaman ni 
      bukan boleh dok ada umah kosong atau ditinggai, kot-kot ada orang mai masuk, ambik wayar       letrik ke..habis depa kebas.
 S : Tema kasih lah hang..tulong tenggokkan umah ini. 
 J : Ya lah, kita ni berjiran mesti tulong menolong, kan jiran lebih dekat dari saudara kita
      yang jauh.
     (Gema azan berkumandang dari masjid berdekatan).
 S :Maaf no, saya nak masuk umah nak kemas umah....(sebenarnya S nak solat Asar.

NILAI MURNI :

1. Berbaik-baik dengan jiran tetangga.
2.Tolong menolong dalam menjaga keselamatan jiran tetangga.
3.Solat perlu di awal waktu.

KELAKAR KAN ! Blog ni........macam katon....
     

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin