Jumaat, 20 Februari 2009

KAMPUNG KU




      KAMPUNGKU INDAH PERMAI



    MERCU TANDA KAMPUNG DI WAKTU MAGHRIB





Asal usul Kampung Mampan:

Kampung Mampan ialah sebuah kampung di dalam daerah Batu Pahat, Johor. Kawasan DUN Semerah, dan di dalam Kawasan Parlimen Parit Sulong. Jarak dari Bandar Penggaram lebih kurang 12 kilometer.



Asal usul nama Kampung Mampan ini seperti yang diceritakan oleh Allahyarham Encik Ahmad Bin Taib penduduk asal adalah seperti berikut:

Disekitar tahun 1850 hingga 1900 beberapa orang pemuda dari Tanah Jawa telah meneroka satu kawasan hutan untuk dijadikan petempatan dan juga untuk dijadikan kawasan bercucuk tanam.

Diantara pemuda-pemuda ini ialah Haji Rasul, Haji Arshad, Haji Tahir, Ibrahim dan beberapa orang lagi. Mereka datang ke kawasan ini dengan menaiki sampan mengharungi Selat Melaka berhijrah ke Tanah Melayu hanya dengan harapan untuk mencari rezeki dan meneroka di kawasan ini untuk dijadikan tempat kediaman. Begitulah semangat yang ada pada mereka diwaktu itu.

Walaupun semasa mereka meneroka dan membuka hutan, peralatan penting yang ada hanyalah parang, kapak, gergaji dan cangkul, namun dengan semangat yang kuat dan jitu, mereka terus bekerja secara bergotong-royong dari pagi hingga ke petang dan hanya berehat untuk waktu makan dan bersolat.   

Meneroka hutan untuk dijadikan tempat kediaman dan tanah untuk bercucuk tanam bukanlah satu perkara yang mudah. Mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan halangan seperti berhadapan dengan binatang buas, seperti harimau, ular dan lain-lain lagi, namun segala rintangan dan halangan ini dapat diatasi berkat kerja keras serta semangat dan kegigihan mereka.

Kegigihan dan semangat mereka bekerja menebang pokok hutan yang kadangkala sebesar pemeluk membuatkan mereka terlupa untuk berhenti rehat. Mereka hanya berhenti setelah salah seorang daripada mereka menyeru kawan-kawan untuk berehat, makan tengah hari dan bersolat. Salah seorang daripada mereka akan memekik kawan-kawannya untuk berehat dalam bahasa Jawa " Yok mapan " yang membawa maksud mari berehat untuk makan.Setelah mereka mendengar pekikan suara tadi, mereka barulah berhenti dan berehat sambil menikmati makan tengah hari.

Setelah beberapa lama, hutan yang mereka terokai jadilah satu kawasan petempatan yang terdiri dari beberapa buah rumah kecil, pondok, dan surau serta satu kawasan untuk bercucuk tanam. Diwaktu malam, selepas mereka menunaikan solat Isyak di surau, mereka berbincang untuk menamakan tempat mereka itu. Dalam perbincangan, mereka telah bersetuju untuk menamakan tempat itu dengan nama MAPAN iaitu diambil dari perkataan Yok mapan.

Masa berlalu dengan pantas, begitulah juga dengan "Kampung Mapan" ini. Dari sehari ke sehari, penduduknya semakin ramai dan kawasannya semakin luas. Tempat ini semakin maju dan hasil kampung semakin menjadi.  Akhirnya, dari Yok mapan, ia bertukar menjadi Mapan, dan kini menjadi Mampan, iaitu Kampung  Mampan., dan kini, tempat yang diterokai oleh pemuda-pemuda yang gigih bekerja dengan semangat waja tanpa mengenal berehat akhirnya dikenali dengan Kampung Mampan.
                                           
         Masjid Kampung Mampan masakini di waktu malam.





Mereka kini semuanya telah kembali ke Rahmatullah. Yang tinggal hanya anak cucu, serta cicit mereka, dan ditambah dengan penduduk baru dari sekitarnya. Semoga roh mereka yang menjadi pengasas Kampung Mampan ini akan ditempatkan oleh Allah swt bersama-sama orang -orang yang soleh. Amin.


6 ulasan:

  1. ingat saya lagi tak....:)Cantiknyer blog.Pak Cik lagi advance dari sya..Maaf x dapat nak tunaikan permintaan p.cik mtk saya ajarkan blog..Npknyer sayer yng kena bnyak belajar dari p.cik..;)

    BalasPadam
  2. Salam Cikgu...insyaAllah pada Tahun Baru Cina 2010, saya bercadang untuk buat majlis "Sireh Pulang Ke Gagang"...mengumpul murid tua Wak Deraman Alot dengan murid baru 'pencak' yang kini dinamakan Pertubuhan Seni Silat Pahlawan. InsyaAllah saya akan berjumpa Cikgu dalam masa terdekat ini. Wassalam

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Jom joint facebook..search..kgMampan dan joint..

    BalasPadam
  5. As salam Pak..teringat kepada kampung saya..lama dah tak balik kampung ni..

    BalasPadam
  6. Hj tahir yg disebutkan dalan sejarah diatas adalah bapa kepada ayah saya...al fatehah kpd 3 datok2 saya yg terlibat...

    BalasPadam

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin