Rabu, 25 Februari 2009

Wakil Rakyat.

                        






   WAKIL RAKYAT ADUN SEMERAH
    WAKIL RAKYAT PARLIMEN.




Wakil Rakyat:

Kampung Mampan, terletak di dalam Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat. Terletak lebih kurang 12 kilometer dari Bandar Penggaram, ibu Daerah Batu Bahat.

Wakil Rakyat terdiri dari :-

1. Ahli Dewan Undangan Negeri ; Kawasan Semerah, Batu Pahat.
                                                                

         YB. Datuk Haji  Ariss Bin Haji Samsuddin.

                                                 

         Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Semerah


         Pegawai Bertugas Di Pejabat Pusat Khidmat             



2. Ahli Parlimen : Kawasan Parlimen Parit Sulong.

                                                                            

         YB. Datuk Noraini Binte Ahmad.
           Ketua Puteri UMNO / Timbalan Menteri 
           Kementerian Sumber Manusia. 


          Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong.




Jumaat, 20 Februari 2009

KAMPUNG KU




      KAMPUNGKU INDAH PERMAI



    MERCU TANDA KAMPUNG DI WAKTU MAGHRIB





Asal usul Kampung Mampan:

Kampung Mampan ialah sebuah kampung di dalam daerah Batu Pahat, Johor. Kawasan DUN Semerah, dan di dalam Kawasan Parlimen Parit Sulong. Jarak dari Bandar Penggaram lebih kurang 12 kilometer.



Asal usul nama Kampung Mampan ini seperti yang diceritakan oleh Allahyarham Encik Ahmad Bin Taib penduduk asal adalah seperti berikut:

Disekitar tahun 1850 hingga 1900 beberapa orang pemuda dari Tanah Jawa telah meneroka satu kawasan hutan untuk dijadikan petempatan dan juga untuk dijadikan kawasan bercucuk tanam.

Diantara pemuda-pemuda ini ialah Haji Rasul, Haji Arshad, Haji Tahir, Ibrahim dan beberapa orang lagi. Mereka datang ke kawasan ini dengan menaiki sampan mengharungi Selat Melaka berhijrah ke Tanah Melayu hanya dengan harapan untuk mencari rezeki dan meneroka di kawasan ini untuk dijadikan tempat kediaman. Begitulah semangat yang ada pada mereka diwaktu itu.

Walaupun semasa mereka meneroka dan membuka hutan, peralatan penting yang ada hanyalah parang, kapak, gergaji dan cangkul, namun dengan semangat yang kuat dan jitu, mereka terus bekerja secara bergotong-royong dari pagi hingga ke petang dan hanya berehat untuk waktu makan dan bersolat.   

Meneroka hutan untuk dijadikan tempat kediaman dan tanah untuk bercucuk tanam bukanlah satu perkara yang mudah. Mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan halangan seperti berhadapan dengan binatang buas, seperti harimau, ular dan lain-lain lagi, namun segala rintangan dan halangan ini dapat diatasi berkat kerja keras serta semangat dan kegigihan mereka.

Kegigihan dan semangat mereka bekerja menebang pokok hutan yang kadangkala sebesar pemeluk membuatkan mereka terlupa untuk berhenti rehat. Mereka hanya berhenti setelah salah seorang daripada mereka menyeru kawan-kawan untuk berehat, makan tengah hari dan bersolat. Salah seorang daripada mereka akan memekik kawan-kawannya untuk berehat dalam bahasa Jawa " Yok mapan " yang membawa maksud mari berehat untuk makan.Setelah mereka mendengar pekikan suara tadi, mereka barulah berhenti dan berehat sambil menikmati makan tengah hari.

Setelah beberapa lama, hutan yang mereka terokai jadilah satu kawasan petempatan yang terdiri dari beberapa buah rumah kecil, pondok, dan surau serta satu kawasan untuk bercucuk tanam. Diwaktu malam, selepas mereka menunaikan solat Isyak di surau, mereka berbincang untuk menamakan tempat mereka itu. Dalam perbincangan, mereka telah bersetuju untuk menamakan tempat itu dengan nama MAPAN iaitu diambil dari perkataan Yok mapan.

Masa berlalu dengan pantas, begitulah juga dengan "Kampung Mapan" ini. Dari sehari ke sehari, penduduknya semakin ramai dan kawasannya semakin luas. Tempat ini semakin maju dan hasil kampung semakin menjadi.  Akhirnya, dari Yok mapan, ia bertukar menjadi Mapan, dan kini menjadi Mampan, iaitu Kampung  Mampan., dan kini, tempat yang diterokai oleh pemuda-pemuda yang gigih bekerja dengan semangat waja tanpa mengenal berehat akhirnya dikenali dengan Kampung Mampan.
                                           
         Masjid Kampung Mampan masakini di waktu malam.





Mereka kini semuanya telah kembali ke Rahmatullah. Yang tinggal hanya anak cucu, serta cicit mereka, dan ditambah dengan penduduk baru dari sekitarnya. Semoga roh mereka yang menjadi pengasas Kampung Mampan ini akan ditempatkan oleh Allah swt bersama-sama orang -orang yang soleh. Amin.


Isnin, 16 Februari 2009

Pedoman hidup


   

Untuk pedoman anda dan saya....




  1.       Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.....


                                 2.         Tidak ada yang mustahil bagi orang yang berani    mencuba.


  3.  Ilmu itu didapati  dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.


                                   4.     Kata-kata yang lemah  dan beradab, dapat melembutkan hati manusia 
     yang keras. 





Selasa, 3 Februari 2009

DOA NABI


DOA  PILIHAN DI BACA SETIAP PAGI DAN PETANG


          



Antara ibadat yang tidak menuntut syarat dan rukun
yang ketat adalah DOA dan ZIKIR. Berdoa ertinya memohon 
dengan sepenuh hati kepada Allah dengan mengharapkan
kebaikan dan dikabulkan segala permintaan. ZIKIR  pula sebutan
lisan atau gerakan hati untuk mendekatkan diri dengan Allah atau 
menyingkirkan ehwal duniawi. Meskipun tidak menuntut syarat 
dan rukun yang ketat, doa dan zikir adalah ibadah yang penting. 
Doa adalah otak ibadah dan zikrullah itu lebih baik 
daripada  dunia dengan isinya. 
                                                                          

             BERDOALAH DENGAN KHYUSUK AGAR DIMAKBULKAN ALLAH SWT.
                              

DOA NABI 

"Ya Allah, aku mohon
kepada Mu keampunan
dan kesihatan di dunia
dan akhirat. Ya Allah,
aku mohon kepada Mu
keampunan dan 
kesihatan dalam
agamaku, duniaku,
keluargaku dan hartaku.

Ya Allah tutupkanlah
segala keburukanku
dan berikanlah
ketenangan terhadap
segala yang mengejutkan hatiku,
Ya, Allah peliharalah
aku daripada bahaya
yang ada di hadapanku
di belakangku
yang datang dari kananku
dan dari kiriku, dan 
yang datang dari atasku.
Aku berlindung dengan kebesarann Mu
daripada bahaya yang membinasakan
dari bawahku."
(Riwayat Abu Daud).

Amin....Ya Robal alamin...


(Rujukan : Buliten masjid Johor dan Majjalah Al Islam.)




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin