Khamis, 18 Februari 2010

Otai berzapin

sesuatu yang tidak diduka.

Program yang dirancang adalah hanya dua orang yang menari zapin, orang ketiga dalam tarian zapin ini tidak dirancang, tetapi oleh kerana dah naik syok, dia terus masuk ke dalam pentas dan terus menari.ini adalah penggambaran untuk satu slot yang akan disiarkan di tv.

Isnin, 7 Disember 2009

Oh ! Dunia....

Dunia umpama lautan yang luas.
Kita adalah kapal yang belayar di lautan.Telah ramai kapal karam di dalamnya. Andai
muatan kita adalah iman, dan layarnya taqwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat
di lautan hidup ini.

Sabtu, 14 November 2009

Program PESAN -ADUN Semerah

YB Datuk Haji Ariss Samsuddin Memberi penerangan

Malam 14.11.2009 telah diadakan satu program baru yang dinamakan "Program Permuafakatan Adun Semerah Bersama Rakyat", yang julung-julung kali diadakan di balairaya Kampung Asam Kumbang Mukim 4, Batu Pahat.

Program ini yang diilhamkan oleh YB Datuk Haji Ariss Bin Samsuddin telah dihadiri oleh YB Datuk Ariss Bin Samsuddin, Encik Samsuri (wakil khas Dato' Noraini Ahmad) , Encik Norafizan Bin Abd. Rahman (Penghulu Mukim 4), Ketua Kampung Kawasan Asam Kumbang Encik Othman Dayan, Encik Sudin Ahmad, serta penduduk kampung.

Program ini bertujuan untuk menerima aduan-aduan tentang masalah pembangunan kampung serta lain-lain perkara yang dapat membantu penduduk dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat. Dari input-input yang diterima, maka segala masalah sedapat mungkin diselesaikan dengan prosedur yang betul dan teratur.

Dalam ucapannya, YB Datuk Ariss Bin Samsuddin akan menjelajah ke segenap kampung dalam kawasannya serta mendengar segala permasalahan yang dihadapi dan cuba akan menyelesaikannya dimana yang boleh.

Disekitar pertemuan wakil rakyat dan penduduk



Jumaat, 13 November 2009

Petunjuk dari Allah

“Barang siapa yang Allah menghendakinya mendapat petunjuk nescaya Dia melapangkan dadanya untuk menerima Islam. Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kesesatan nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah ia sedang mendaki ke langit.” (Surah Al-An’am, ayat 125)

Sifat orang yang mengenali Allah:




Sifat orang yang mengenali Allah.

Jika ia ingat kepada Allah ia berbangga.

Jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri.

Jjika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar.

Jika ingin bermaksiat, ia menahan diri.

Jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.

Isnin, 2 November 2009

Selamat berangkat ke Tanah Suci.

Tetamu Allah:

Di KLIA

Musim haji telah pun tiba. Ramai diantara jemaah telah pun berada ditanah suci Mekah atau Madinah. Kepada bakal-bakal haji, saya doakan agar anda semua selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. Mudah-mudahan, mereka semua dianugerahkan oleh Allah swt kesihatan semoga mereka dapat mengerjakan haji dan umrah dengan sempurna, dan akhirnya mendapat haji yang mabrur.

Ambillah kesempatan semasa di sana dengan amalan-amalan yang telah dipraktikan semasa menghadiri kursus. Jaga kesihatan kerana ianya sangat mustahak untuk menunaikan haji, terutamanya sebelum waktu wukuf. Wukuf di Arafah ,Musdalifah dan Mina adalah tempat-tempat yang mustahak dalam proses menunaikan haji.

Rabu, 14 Oktober 2009

Pertemuan mesra 2009

Kenangan semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Blogger Batu Pahat
bersempena Hari Raya Aidilfitri 2009
di rumah Pak Kuntong, Batu Pahat, Johor.
Turut hadir ialah Saudara Amirhamzah64,Zedmagel, Rouzlens, Neezareef
Eiza in the House, J@J@ bini the rock, Ieyza dan Kuntong
serta keluarga blogger yang hadir.





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin