Jumaat, 1 Mei 2009

Kerosakan teknik.- Wahnuar.


Oleh kerana ada masaalah dengan blog "WAHNUAR" maka saya pindahkan entri ini ke blog saya yang lain. Saya pun tidak tau mengenaai kerosakan teknikel pada halaman itu. Diharap ianya akan dibuka semula. Tema kasih.

Dari  :KUNTONG.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

diantara dua darjat.

diantara basikal tua dan honda civic.
















kereta baru mesti dicuci, kalau tidak berkarat nanti.


Rabu, 8 April 2009

JUMPA LAGI


                                             BUATLAH SOLAT SUNAT DI TENGAH  MALAM

assalamualaikum: Jumpa lagi .

agak lama juga tak buat entri, cuma menjelajah ke blog kekawan. blog kau orang semuanyer canggih-canggih. taklah mcm blog kita yang agak kuno, tapi oraitlah kan, kita org pun dah banyak tahun idup, jdi, tak kan nak sama dgn orang muda-muda yang semuanyer berpelajaran tinggi-tinggi. Kita ni hanya belajar kat sekolah atap aja. itupun kira untung jugaklah.

lagi satu kekadang kita pun tak brapa faham lah baca gaya tulisan sekarang, gaya baru ni. maklumlah skrng tulis gaya internet ni . semuanya dah ringkas.

kat luar tu, ujan dah berhenti. tadi mula nak ujan, macamlah nak roboh dunia, punya kuat angin. takut juga, kalau-kalau terjadi apa-apa kat umah aku yang beratapkan nipah ni. tapi kalau roboh atau di bawa angin, haru juga. tapi kalau terjadi apa-apa yg merosakkan umah aku, nnti bolehlah minta bantuan dengan wakil rakyat atau kebajikan masyarakat. walau bagaimana pun di harap tidak ujan lagi sampai ke pagi.

oraitlah geng, gua nak tdolah. kpd kawan-kawan,jangan lupa bangun tengah malam nanti solat tahajud dan solat sunat taubat dan diikuti dengan solat hajat. mohon lah kepada Allah swt perkara-perkara yang boleh mendapat keredhaannya. jangan bangun nak kencing aja.
lepas tu tido balik, sementara kita sihat dan aman tenteram ni, buatlah amal -amal yang baik. ibarat kita buat invesment. nak buat invesment kat bank atau bursa saham, memang tak larat, sebab kita ni bukan ada modal. tapi kalau kita buat invesment untuk Bank Akhirat, sudah tentu ada keuntungannya. malahan faedahnya berlipat kali ganda, keuntungannya tidak turun naik, mengikut ekonomi dunia. tapi kalau invesment di bank akhirat, kadar faedahnya telah pun ditentukan. malahan lebih besar dari bank di dunia.pokok pangkalnya ialah ikhlas dengan invesment kita tu.
ala mak ,saya ni, asyik membebel aja. diri sendiri belum tau, ini nak ajak orang pulak.

tetapi apa yang saya suruh dan ajak kawan-kawan perkara yang baik. menyeru kawan-kawan untuk buat perkara yang baik adalah satu ibadat juga. ya tak.

Ok.....salam, jumpa lagi esok.


Ahad, 5 April 2009

Kalau kita menjadi kayu.



Sajak ini saya salin dari blog " WAHNUAR " di siarkan semula untuk tatapan semua.Semoga maksud dari sajak ini kita mendapat manafaat darinya.  



KALAU KITA TERPAKSA MENJADI KAYU


Kalau kita terpaksa menjadi kayu,
Biarlah.... jadi gaharu atau cendana,
Wangi.......lembut dan bernilai tinggi,

Atau....... paling tidak........jika terpaksa,
Jadilah ..kayu api,
Asal punya harga diri.

Tetapi......

Jika memang mahu jadi kayu.....
Majal.......keras.......dan padu,
Seperti chengal, atau meranti,

Jangan pula nanti,
Sampai sanggup jadi ulu kapak,
Yang rela dipergunakan ,
Hingga tergamak....menetak kaum sendiri.


Jumaat, 27 Mac 2009

Lembaran baru:



malaysia_flag.gif malaysian flag image by triciapink29



Lembaran baru untuk kita. 
Semoga negara akan menuju ke arah yang lebih baik. 
Jauhilah perselisihan faham.
Hindari fitnah memfitnah.
Buang segala perasaan buruk sangka terhadap orang lain
semoga Allah swt memberkati kehidupan kita

AMIN YA RAOBAL ALAMIN



WAHNUAR: REBAN AYAM

WAHNUAR: REBAN AYAM

Isnin, 16 Mac 2009

HANYA TINGGAL HARAPAN.



Menunggu saat dijanjikan:
















Gambar hiasan

Saat yang sering dinanti
entah bila akan menjelma
namun
tujuh purnama telah berlalu
bertungkus lumus untuk sentiasa di atas
untuk yang terbaik
dari delapan kumpulan.

pada setiap hari hari yang ditentukan
kita tetap berada
di kawat perbarisan
keringet peluh membasahi
langkah demi langkah diatur
agar kelihatan segak seragam
demi untuk keunggulan
dan kemenangan
untuk mengharumkan desa dan kawasan
kita rela berkorban
dan kita telah berjaya dalam setiap musim
lima musim berturutan
gembiranya bukan kepalang
untuk kitakah
atau sekadar tumpang saat tikanya
hanya senyum.

tapi..
entahlah kenapa
walau janji telah diperkatakan
sebagai pengerak kepada semangat
demi nama kemasyhuran
kini hanya tinggal harapan
entah kapan ianya akan datang
atau hilang dalam kegelapan
dan pabila sampai musimnya
janji yang baru harapan yang baru
mungkin akan kedengaran.

entahlah
apa yang ada pada kita
kita mungkin insan yang tidak diperlukan lagi kini
bila segala-galanya sudah tercapai.

mungkin hanya diperlukan
bila musim akan mendatang
atau hanya tinggal kenangan. 















Gambar hiasan


Oleh Binanuar 16 Mac 2009.



Rabu, 25 Februari 2009

Wakil Rakyat.

                        






   WAKIL RAKYAT ADUN SEMERAH
    WAKIL RAKYAT PARLIMEN.




Wakil Rakyat:

Kampung Mampan, terletak di dalam Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat. Terletak lebih kurang 12 kilometer dari Bandar Penggaram, ibu Daerah Batu Bahat.

Wakil Rakyat terdiri dari :-

1. Ahli Dewan Undangan Negeri ; Kawasan Semerah, Batu Pahat.
                                                                

         YB. Datuk Haji  Ariss Bin Haji Samsuddin.

                                                 

         Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Semerah


         Pegawai Bertugas Di Pejabat Pusat Khidmat             



2. Ahli Parlimen : Kawasan Parlimen Parit Sulong.

                                                                            

         YB. Datuk Noraini Binte Ahmad.
           Ketua Puteri UMNO / Timbalan Menteri 
           Kementerian Sumber Manusia. 


          Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin