Rabu, 8 April 2009

JUMPA LAGI


                                             BUATLAH SOLAT SUNAT DI TENGAH  MALAM

assalamualaikum: Jumpa lagi .

agak lama juga tak buat entri, cuma menjelajah ke blog kekawan. blog kau orang semuanyer canggih-canggih. taklah mcm blog kita yang agak kuno, tapi oraitlah kan, kita org pun dah banyak tahun idup, jdi, tak kan nak sama dgn orang muda-muda yang semuanyer berpelajaran tinggi-tinggi. Kita ni hanya belajar kat sekolah atap aja. itupun kira untung jugaklah.

lagi satu kekadang kita pun tak brapa faham lah baca gaya tulisan sekarang, gaya baru ni. maklumlah skrng tulis gaya internet ni . semuanya dah ringkas.

kat luar tu, ujan dah berhenti. tadi mula nak ujan, macamlah nak roboh dunia, punya kuat angin. takut juga, kalau-kalau terjadi apa-apa kat umah aku yang beratapkan nipah ni. tapi kalau roboh atau di bawa angin, haru juga. tapi kalau terjadi apa-apa yg merosakkan umah aku, nnti bolehlah minta bantuan dengan wakil rakyat atau kebajikan masyarakat. walau bagaimana pun di harap tidak ujan lagi sampai ke pagi.

oraitlah geng, gua nak tdolah. kpd kawan-kawan,jangan lupa bangun tengah malam nanti solat tahajud dan solat sunat taubat dan diikuti dengan solat hajat. mohon lah kepada Allah swt perkara-perkara yang boleh mendapat keredhaannya. jangan bangun nak kencing aja.
lepas tu tido balik, sementara kita sihat dan aman tenteram ni, buatlah amal -amal yang baik. ibarat kita buat invesment. nak buat invesment kat bank atau bursa saham, memang tak larat, sebab kita ni bukan ada modal. tapi kalau kita buat invesment untuk Bank Akhirat, sudah tentu ada keuntungannya. malahan faedahnya berlipat kali ganda, keuntungannya tidak turun naik, mengikut ekonomi dunia. tapi kalau invesment di bank akhirat, kadar faedahnya telah pun ditentukan. malahan lebih besar dari bank di dunia.pokok pangkalnya ialah ikhlas dengan invesment kita tu.
ala mak ,saya ni, asyik membebel aja. diri sendiri belum tau, ini nak ajak orang pulak.

tetapi apa yang saya suruh dan ajak kawan-kawan perkara yang baik. menyeru kawan-kawan untuk buat perkara yang baik adalah satu ibadat juga. ya tak.

Ok.....salam, jumpa lagi esok.


Ahad, 5 April 2009

Kalau kita menjadi kayu.



Sajak ini saya salin dari blog " WAHNUAR " di siarkan semula untuk tatapan semua.Semoga maksud dari sajak ini kita mendapat manafaat darinya.  



KALAU KITA TERPAKSA MENJADI KAYU


Kalau kita terpaksa menjadi kayu,
Biarlah.... jadi gaharu atau cendana,
Wangi.......lembut dan bernilai tinggi,

Atau....... paling tidak........jika terpaksa,
Jadilah ..kayu api,
Asal punya harga diri.

Tetapi......

Jika memang mahu jadi kayu.....
Majal.......keras.......dan padu,
Seperti chengal, atau meranti,

Jangan pula nanti,
Sampai sanggup jadi ulu kapak,
Yang rela dipergunakan ,
Hingga tergamak....menetak kaum sendiri.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin