Isnin, 7 Disember 2009

Oh ! Dunia....

Dunia umpama lautan yang luas.
Kita adalah kapal yang belayar di lautan.Telah ramai kapal karam di dalamnya. Andai
muatan kita adalah iman, dan layarnya taqwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat
di lautan hidup ini.

Sabtu, 14 November 2009

Program PESAN -ADUN Semerah

YB Datuk Haji Ariss Samsuddin Memberi penerangan

Malam 14.11.2009 telah diadakan satu program baru yang dinamakan "Program Permuafakatan Adun Semerah Bersama Rakyat", yang julung-julung kali diadakan di balairaya Kampung Asam Kumbang Mukim 4, Batu Pahat.

Program ini yang diilhamkan oleh YB Datuk Haji Ariss Bin Samsuddin telah dihadiri oleh YB Datuk Ariss Bin Samsuddin, Encik Samsuri (wakil khas Dato' Noraini Ahmad) , Encik Norafizan Bin Abd. Rahman (Penghulu Mukim 4), Ketua Kampung Kawasan Asam Kumbang Encik Othman Dayan, Encik Sudin Ahmad, serta penduduk kampung.

Program ini bertujuan untuk menerima aduan-aduan tentang masalah pembangunan kampung serta lain-lain perkara yang dapat membantu penduduk dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat. Dari input-input yang diterima, maka segala masalah sedapat mungkin diselesaikan dengan prosedur yang betul dan teratur.

Dalam ucapannya, YB Datuk Ariss Bin Samsuddin akan menjelajah ke segenap kampung dalam kawasannya serta mendengar segala permasalahan yang dihadapi dan cuba akan menyelesaikannya dimana yang boleh.

Disekitar pertemuan wakil rakyat dan penduduk



Jumaat, 13 November 2009

Petunjuk dari Allah

“Barang siapa yang Allah menghendakinya mendapat petunjuk nescaya Dia melapangkan dadanya untuk menerima Islam. Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kesesatan nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah ia sedang mendaki ke langit.” (Surah Al-An’am, ayat 125)

Sifat orang yang mengenali Allah:




Sifat orang yang mengenali Allah.

Jika ia ingat kepada Allah ia berbangga.

Jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri.

Jjika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar.

Jika ingin bermaksiat, ia menahan diri.

Jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.

Isnin, 2 November 2009

Selamat berangkat ke Tanah Suci.

Tetamu Allah:

Di KLIA

Musim haji telah pun tiba. Ramai diantara jemaah telah pun berada ditanah suci Mekah atau Madinah. Kepada bakal-bakal haji, saya doakan agar anda semua selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. Mudah-mudahan, mereka semua dianugerahkan oleh Allah swt kesihatan semoga mereka dapat mengerjakan haji dan umrah dengan sempurna, dan akhirnya mendapat haji yang mabrur.

Ambillah kesempatan semasa di sana dengan amalan-amalan yang telah dipraktikan semasa menghadiri kursus. Jaga kesihatan kerana ianya sangat mustahak untuk menunaikan haji, terutamanya sebelum waktu wukuf. Wukuf di Arafah ,Musdalifah dan Mina adalah tempat-tempat yang mustahak dalam proses menunaikan haji.

Rabu, 14 Oktober 2009

Pertemuan mesra 2009

Kenangan semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Blogger Batu Pahat
bersempena Hari Raya Aidilfitri 2009
di rumah Pak Kuntong, Batu Pahat, Johor.
Turut hadir ialah Saudara Amirhamzah64,Zedmagel, Rouzlens, Neezareef
Eiza in the House, J@J@ bini the rock, Ieyza dan Kuntong
serta keluarga blogger yang hadir.





Khamis, 8 Oktober 2009

Semangat baru.


bangkitlah jangan tidur saja wahai bangsaku

Dah lama tak tulis entri, ini di sebabkan oleh kemalasan yang semangkin menebal diseluruh tubuh ini. Rasanya kalau diikutkan hati, memanglah buruk kesudahannya.
Sesungguhnya perangai seperti ini tidak boleh dibiarkan meresapi hati dan uratnadi kita. Ia patut dinyah jauh-jauh. Akibatnya banyak yang menjadi mangsa. Bukan saja diri ini, bahkan orang lain pun terlibat sama. Apa tidaknya. Apa kata kalau perangai ini ada pada seorang ketua keluarga yang malas bekerja untuk mencari nafkah, sudah tentulah seluruh ahli turut menjadi mangsa. Akibatnya saya rasa anda pun tahu.
Dari itu, bangkitlah dan mulakanlah dengan azam dan tekad yang baru. Semoga dihari yang mulia ini, kita semua akan mempunyai keazaman yang baru dan terus melangkah ke hadapan. Hari muka yang perlu kita harungi ini akan dihadapi dengan semangat yang baru. Ayuh.....bangsaku.

Isnin, 21 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada kawan-kawan semua, saya ingin mengucapkan
Selamat hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

kad-raya.jpg (400×505)

Semoga Allah swt memberkati hidup kita.

Dari Binanuar.
1 Shawal 1430 /20.09.2009.

Ahad, 13 September 2009

Program Kacau Dodol Perdana

Dodol Si hitam manis



Pada 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430 H, JPMM DUN Semerah dibawah kelolaan YB Datuk Hj Ariss Shamsuddin telah membuat program kacau dodol perdana dan bersahur nasi ambang 2009 peringkat Dun Semerah di Kampung Separap, Mukim 4, Simpang Kiri Batu Pahat. Sebanyak 13 kumpulan dari kawasan JPMM Dun Semerah telah menyertai dalam program tersebut.

Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Ahli Parlimen Parit Sulong YB. Datuk Noraini Bte Ahmad pada awal petang dan Pegawai Daerah Batu Pahat (DO) sebelah malam.



Sekitar jam 1 pagi, YB Datuk Haji Ariss Bin Shamsuddin bersama DO telah bersahur bersama-sama dengan masyarakat setempat.

Isnin, 7 September 2009

Sekadar hiasan( image dipetik dari google search)

Ingatlah, kepapaan membuat sesaorang yang petah bercakap menjadi pendiam, dan membuat sesaorang yang bijak menjadi bodoh.

Isnin, 31 Ogos 2009

SRS Kg. Mampan, ikut serta.

Pagi 31 hb. Ogos,2009 Di Dataran Penggaram Batu Pahat.









Pasukan SRS Kampung Mampan, ikut serta dalam Perhimpunan Hari Kebangsaan 2009 kali ke 52 di Dataran Penggaram Batu Pahat.

Khamis, 27 Ogos 2009


"Bersahur" satu perkataan yang tidak asing lagi bagi umat Islam.
Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:
"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." - Hadis riwayat al-Bukhari.
"Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." - Hadis riwayat Ahmad.
Dari itu, bersahurlah dengan sepenuh jiwa dan raga.Dan kerana Allah swt.

Selasa, 25 Ogos 2009

Solat Tarawih dan Tadarus.

Seperti biasa aktiviti umat Islam di kampung-kampung pada sebelah malam ialah solat sunat terawih dan bertadarus. Diharap ahli qariah masjid Jamek Kampung Mampan dapat datang beramai-ramai untuk ibadah yang dinyatakan di atas. Marilah kita sama-sama mengimarahkan masjid kita dengan aktiviti yang disuruh oleh Allah SWT.
برتداروس دان صلاة تراويح د بولن رمضان
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@





Khamis, 4 Jun 2009

imbasan program "jabatan mufti bersama rakyat"


YB Dato' Hj. Mohamad Tahrir bin Dato" Hj Shamsuddin,
Mufti Kerajaan Negeri Johor.



Mengimbas kembali program "Jabatan Mufti Johor bersama rakyat" di Masjid Jamek Mampan pada hari Jumaat 22.5.2009 yang lalu, ianya telah berjalan dengan jayanya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ariss Bin Samsuddin, ADUN kawasan Semerah.

Majlis yang pertama kali diadakan ini ialah anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Johor, JPMM Dun Semerah, Pejabat Agama Batu Pahat dan AJK Masjid Jamek Kampung Mampan, Batu Pahat, Johor.

Dalam majlis tersebut, JPMM Semerah yang dipengerusikan oleh Datuk Ariss Bin Samsuddin telah bermurah hati menderma di dalam "Tabung Dana Pembangunan Masjid dan Surau Negeri Johor dan Juga kepada "Saham Wakaf Johor".


YB Datul Haji Ariss Bin Samsuddin ADUN Semerah





Masjid Jamek Mampan menerima 10 buah al quraan terjemahan Al Rahman serta 10 buah rehal dari Dato" Mufti Kerajaan Negeri Johor.
Terima Kasih.


Isnin, 1 Jun 2009

Kem Remaja Bestari 2009- Zon Selatan



MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KEM REMAJA BESTARI 2009
DI MRSM BATU PAHAT

                         YB. Datuk Haji Ariss Bin Samsuddin ADUN Kawasan Semerah

Program Kem Remaja Bestari 2009 Zon Selatan anjuran Yayasan Tenaga Nasional Bhd telah diadakan di MRSM Batu Pahat mulai 01.06.2009 hingga 04.06.2009. Program tersebut telah dirasmikan dengan sempurna oleh YB. Datuk Hj. Ariss Bin Samsuddin, ahli dewan undangan Kawasan Semerah pada jam 3.00 petang.

Program motivasi yang disertai oleh 300 orang anak-anak kakitangan TNB kawasan Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan)  bertujuan untuk memberi pandun serta bimbingan agar pelajar-pelajar tersebut dapat menimba seberapa banyak pengetahuan agar menjadi insan yang berketerampilan dan juga dapat menyediakan diri dalam menghadapi peperiksaan. Diantara 300 orang yang turut serta dalam program tersebut juga 20 orang pelajar dari rumah anak yatim Batu Pahat. 

DI SEKITA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM TERSEBUT.

Khamis, 14 Mei 2009

JABATAN MUFTI JOHOR BERSAMA MASYARAKAT

                   " جابتن مفتي جوهر برسام مشارکت "

Satu program yang dinamakan "JABATAN MUFTI JOHOR BERSAMA MASYARAKAT" akan diadakan di Masjid Jamek Kampung Mampan, Simpang Lima, Batu Pahat pada 
hari Jumaat 22.05.2009 .

Majlis itu akan diadakan selepas solat Isyak. Sekelian kaum muslimin dan muslimat 
adalah dijemput hadhir ke majlis tersebut.


Khamis, 7 Mei 2009

menara taming sari melaka.



                                  pandangan dari atas

                                   view dari celah-celah bangunan

                                  posting  dalam menara

                                   menara taming sari melaka

Tanpa dirancang, hari ini saya pergi ke Bandar Hilir Melaka. Menaiki menara Taming Sari, dan ronda-ronda di sekitarnya.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin